Penghantaran ke Sabah & Sarawak: Panduan Lengkap Untuk Bisnes SME di Malaysia

Penghantaran ke Sabah & Sarawak: Panduan Lengkap Untuk Bisnes SME di Malaysia

Penghantaran barang ke Sabah dan Sarawak sering dianggap mencabar — kos tidak menentu, masa transit berbeza dan proses kastam yang ketat. Namun, dengan memilih mod penghantaran yang tepat seperti FCL, LCL atau Air Freight, SME boleh mengoptimumkan bajet dan mempercepatkan penghantaran.

Di Big Freight Services, kami menyediakan penyelesaian penghantaran yang fleksibel untuk membantu bisnes menghantar barang ke Sabah & Sarawak dengan lebih cepat, selamat dan efisien.


3 Kaedah Utama Penghantaran ke Sabah & Sarawak

1. LCL (Less than Container Load)

Sesuai untuk SME yang menghantar kuantiti sedikit atau sederhana.

Kelebihan:

  • Jimat kos (bayar ikut ruang yang digunakan)

  • Fleksibel untuk perniagaan kecil

  • Jadual konsolidasi tetap setiap minggu

Kebiasaan Transit Time:

  • Ke Sabah: 7–10 hari

  • Ke Sarawak: 5–7 hari

LCL sesuai untuk barangan seperti e-commerce stock, spare parts, produk FMCG, dan barang keperluan retail.


2. FCL (Full Container Load)

Pilihan terbaik untuk volume besar, berat atau barang sensitif.

Kelebihan:

  • Kontena khas untuk anda sahaja

  • Risiko kerosakan rendah

  • Transit lebih cepat berbanding LCL

  • Sesuai untuk shipment besar, mesin atau barangan nilai tinggi

Jenis kontena biasa:

  • 20’ GP

  • 40’ GP

  • 40’ HC

Kebiasaan Transit Time:

  • Ke Sabah & Sarawak: 5–7 hari (bergantung jadual kapal)

FCL memberi kawalan penuh ke

pada pemilik barang serta lebih konsisten dari segi masa penghantaran.


3. Air Freight (Penghantaran Udara)

Pilihan terbaik untuk barang urgent atau bernilai tinggi.

Kelebihan:

  • Paling cepat

  • Sesuai untuk barangan kecil tapi bernilai tinggi

  • Minimun kerosakan

  • Sesuai untuk spare parts urgent, barangan OEM, electronic parts dan medical goods

Kebiasaan Transit Time:

  • Ke Sabah / Sarawak: 1–3 hari

Air freight sangat popular untuk perniagaan e-commerce dan industri yang memerlukan replenishment stok segera.


Proses Penghantaran Ke Sabah & Sarawak.

 

  1. Pickup dari lokasi pelanggan
    Dari seluruh Lembah Klang hingga ke gudang konsolidasi.

  2. Proses konsolidasi / stuffing kontena

    • LCL: disusun bersama shipment lain

    • FCL: kontena penuh milik anda

    • Air Freight: proses timbang, scan & security check

  3. Penghantaran ke pelabuhan / lapangan terbang

  4. Clearance di Sabah / Sarawak

  5. Last-mile delivery ke pelanggan akhir


Kos Penghantaran — Faktor Penentu

Harga bergantung kepada:

  • Mod penghantaran (FCL, LCL atau Air Freight)

  • Berat & saiz

  • Jenis barangan

  • Lokasi pickup & penghantaran

  • Keperluan tambahan (repacking, palletizing, labeling)

Untuk SME, pakej economy LCL sering menjadi pilihan paling berbaloi.


Kenapa Pilih Big Freight Services?

✔ Pilihan LCL, FCL & Air Freight untuk Sabah & Sarawak
✔ Pickup seluruh Lembah Klang — 1 kotak pun boleh
✔ Konsolidasi di gudang sendiri
✔ Harga telus & tiada caj tersembunyi
✔ Team berpengalaman urus dokumen & kastam


Ingin Dapatkan Quotation?

📞 Hubungi Big Freight Services di +6010-9199158 atau email kami di sales@bigfreight.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×